Vídeo

"Saya dah tarik balik, kenapa saya dihalau " MP Baling digantung dua hari dari parlimen

AHLI Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim digantung dua hari daripada menghadiri Dewan Rakyat kerana menuduh Speaker Dewan RakyatTan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai 'berat sebelah'.Mohamad Ariff mengeluarkan arahan itu selepas Abdul Azeez dikatakan enggan menarik balik tuduhan itu.Arahan itu dikeluarkan Mohamad Ariff ketika Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bangun bagi membantah tindakan Speaker yang tidak mahu usul pengharaman komik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dibincangkan pada sidang Parlimen.Abdul Azeez yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudian mencelah dan menuduh Mohamad Ariff sebagai berat sebelah.